Sunday, 20 November 2016

Pengalaman keracunan makanan ketika mengandung

21 nov 2016,
Hari ke -2, hospital tuanku fauziah,
34 weeks

Aku seorang sahaja patient dalam wad ni. 

Jangan salah sangka, najah masuk wad bukan sebab nak bersalin tapi sebab mild age atau food poisoning sejak 2 ari lepas. Masa hari kejadian perut memulas dan muntah2 tatau nak wat apa sebab mengandung kan. Dan tak boleh amik sebarangan ubat tahan sakit. So najah whatssapp adik (dia doktor hosp) untuk tanya apa perlu buat. adik cakap kena p bahagian kecemasan buat ctg pada baby jugak. Tapi anak2 da tido, so adik suggest drive sendiri je. Dia ingat akak dia ni sakit memulas biasa kot. Kejap sakit kejap x. Tapi sebenarnya sakit memulas time pregnant ni rasa non-stop je sakitnya macam org nak beranak. So terpaksa la mintak husband gk anta.

Buku merah kena ada sentiasa. Kertas putih tu report aku masa hari pertama admit wad


Bila pergi hospital, terus wat ctg. Penat dok merayu la kat dr mintak ubat tahan sakit tapi xdilayan sebab ibu mengandung xboleh amik ubat tahan sakit. Rupa2 nya sakit perut yang najah rasa tu adalah contractions. 3 kali dalam masa 10 minit. Ohoho... apa pasal aku yang da 2 kali beranak ni susah benar nak pastikan ianya contraction. So dr suggest masuk wad in case bersalin awal. So terpaksa la pasrah masuk wad mengenangkan diriku ini yang gagal mengesan sakit perut sbg contraction. Wuuwuu...

Breakfast pagi ni. Alhamdulillah

So apa yang najah blaja pasal premature labour ni, dr akan inject ubat 2 kali untuk matangkan paru-paru bayi. Inject bhgn pinggul, sakit sikit sebab kepekatan cecair sgt tinggi dan masuk ke salur yang kecik memang sangat terasa.

Food poisoning juga salah satu punca yang menyebabkan contraction. Bila badan da sihat, sakit hilang, maka contraction pun hilang. Jadi tu bukan tanda nak bersalin lagi... Lega..

Lepas tu siap tanya nurse kat sini kalau wat urutan perineum boleh ke untuk elakkan terkoyak semasa bersalin. nurse tu nasihatkan jangan buat awal sebab boleh sebabkan contraction atau lukakan bahagian kantung baby. Takut pulak dengar...

Ok takmo membebel da. Nak tunggu dr datang nak balikkkk....


No comments:

Post a Comment