Thursday, 26 November 2015

Aktiviti Cuti Sekolah

Salam pembaca semua,

Sekarang musim cuti sekolah, mesti ramai ibu bapa tengah bz planning trip berjalan kan kan... lepas abis berjalan anak-anak dok rumah layan tv, internet je kan kan...

Kat sini Najah nak share aktiviti yang sesuai dilakukan disamping dapat membentuk cara berfikir anak-anak insyallah. Dan sangat menjimatkan percaya la...


Umi dengan Medina. Iklan. hehe

  1. Perbetulkan Bacaan Dalam Solat
Korang boleh minta anak korang memperbetulkan bacaan dalam solat atau membetulkan hafazan bacaan tersebut. Juga minta mereka untuk hafal maknanya. Berikan satu jangkamasa dan bila tamat tempoh, korang boleh minta mereka perdengarkan hafazan mereka kepada kita.


  1. Buku Skrap Doa
Membuat buku skrap adalah satu cara yang boleh meningkatkan kreativiti anak korang. Kita boleh menyediakan bahan-bahan seperti kertas lukisan, majalah lama, alat mewarna, gunting, gam, pen-pen berwarna dan lain-lain. Minta anak kita menghasilkan satu buku skrap himpunan doa dan hiasinya. Jika bilangan anak ramai, boleh minta mereka melakukan aktiviti ini secara berpasangan. Pasti seronok mereka nanti.


  1. Derma pakaian terpakai, barang mainan dan buku-buku lama
Ada banyak pakaian anak-anak kita yang tidak boleh dipakai lagi? Atau ada buku-buku dan barang permainan yang tidak mahu digunakan lagi? Apa kata kita jadualkan masa anak-anak untuk memeriksa semua pakaian mereka dan minta mereka asingkan pakaian yang masih elok tapi sudah tidak mahu dipakai ke dalam satu kotak.


Labelkannya ikut jantina dan umur. Begitu juga buku-buku dan alat mainan yang masih elok dan sudah tidak mahu digunakan lagi. Jadualkan satu hari di mana kita dan anak-anak boleh melawat satu rumah anak yatim atau rumah asnaf untuk kita dermakan barang-barang tersebut. Anda pasti dapat rasakan kesan besarnya nanti.


Selit gambar anak bersama ayah. *Iklan lagi. Erkk*

Ini adalah perkongsian dari Dr Azizan Osman dan Najah hanya tolong panjangkan. Semoga kita sama-sama mendapat manfaat ye. Peace...

No comments:

Post a Comment