Showing posts with label Pendidikan. Show all posts
Showing posts with label Pendidikan. Show all posts

Thursday, 29 January 2015

Apa Degil sangat ni...?! Mak nak masuk jel ke Ape?

 
Cuba kita tengok sudut lain, apa didikan yang kita beri sehingga menyebabkan si anak sanggup berkata begitu? 


Lately penat sungguh dengar isu ni dibincangkan di TV dan radio. Akceli saya xsuka isu ini dibincangkan secara umum dan hanya fokus kepada isu rotan dan hikmahnya. Erkk.. jangan salah paham lak ye. Kita bagi contoh kisah macam kat bawah ni untuk bagi korang paham...

Situasi - Anak sedang merokok sembunyi-sembunyi

SITUASI 1
Anak : Camni rasanya ayah aku merokok rupanya... (Berbisik dalam hati sambil menghisap rokok)
Si Ayah kebetulan lalu kemudian ternampak anak merokok berseorangan.....
Ayah : Ayah penat cari duit tapi ko guna beli rokok pulak (Amik rotan pukul supaya anak tahu kesalahannya)
Anak : Ampun ayah....

Betul tak tindakan ayah ni merotan anaknya? Kalau kita turut berada di tempat itu, tentu kita berasa benar tindakan si ayah merotan anaknya. Tapi betul ke contoh didikan ayah kepada si anak ni...? Ayah merokok tapi tidak mahu anaknya merokok. Rasanya jiwa anak ni konfius, memberontak tak..

SITUASI 2
Anak : Ayah nampak abis la akuu... (Berbisik dalam hati sambil menghisap rokok)
Si Ayah kebetulan lalu kemudian ternampak anak merokok berseorangan.....
Ayah : Ayah penat cari duit tapi ko guna beli rokok pulak (Amik rotan pukul supaya anak tahu kesalahannya)
Anak : Ampun ayah....

 Betul tak tindakan ayah ni merotan anaknya? Mungkin betul tapi mungkin juga tak berkesan... Si anak mungkin faham yang ayah merotannya kerana menghabiskan duit ayahnya, bukan kerana keburukan rokok. Lantas si anak akan mendapatkan duit dari sumber lain asalkan rokok dapat dimiliki.

Isu rotan anak tidak salah tapi isu pendidikan keibubapaan yang sedang berlaku dalam situasi di atas. Kita mahukan anak yang hormat ibu bapanya bukan takut kepada ibu bapanya. Tak perlu cakap pasal isu rotan kalau isu pendidikan keibubapaan tak seiring...

Merotan boleh TAPI biarlah seiring dengan ILMU prinsip keibubapaan...


AKU YANG MASIH BELAJAR

Sunday, 2 November 2014

Benci Mr Istikharah!!



I hate this kind of drama!



Why?



Sebab drama ini telah membantutkan niat aku untuk stadi... Haaruuu! Aku bukan peminat drama tp cita ni memang bes. Boleh pulak tengah pegang buku tapi mata dok tengok tv je. Last2 buku yang tengok aku.



Kebelakangan ini saluran televisyen dan pawagam di Malaysia kerap menayangkan drama yang tidak menekankan nilai pendidikan kepada masyarakat. Kahwin paksa la.... skandal dengan latar belakang cerita yang ternyata bukan berdasarkan jati diri sebenar bangsa ditonjolkan. Bukan apa, aku xsuka tengok pemikiran masyarakat kita sedang dibentuk oleh drama-drama camni. Kalau korang perasan, pemikiran kita sebenarnya banyak dipengaruhi oleh apa yg kita lihat berbanding apa kita baca.

Kan best kalau kita semua hidup di alam yang nyata. So please paparkan drama yang berpijak di bumi nyata. I hope ada banyak lagi drama tv yang best camni. (Of kos aku xkan bukak tv daa pasni kalau suma cita bes...nangess...)



P/s - Kalau buat drama hidup seorang pelajar PhD, agak-agak ada orang mau tengok tak?

Sunday, 28 September 2014

Soalan bocor?

Assalamualaikum,

Sekarang semua kalut dengan UPSR yang telah BOCOR. Sistem soalan bocor ni sejak zaman aku lagi da terjadi (mungkin sebelum zaman aku jugak telah terjadi). Mungkin disebabkan teknologi lum canggih pada waktu itu, xda la sampai menular terlalu jauh sampai ke KPM kan... huhu..

Setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmah nya. Bagi aku, kalau perkara itu xbetul pasti Allah akan 'ketuk' kita dengan ujian Nya. Untuk menyedarkan kita supaya lihat balik apa perkara yang mungkin kita terlepas pandang.

Berbalik kepada soklan UPSR ni, mungkin ramai yang akan menyalahkan sistem pendidikan yang bersifat exam oriented atau integriti guru tersebut. Yes aku juga seorang guru universiti. Dan ketirisan soalan sebegini turut berlaku di universiti di kalangan segelintir pensyarah. Bila ditanya kenapa buat begitu....

'Kesian student, biar la dorang skor....Nanti senang nak dapat keja'

'Nanti result jatuh nak kena menjawab dengan boss pulak, baik kita tolong student'

'Lecturer kami pun buat dulu gak camni...'

Hmm....

Meh aku cerita kisah si anak rama-rama.

Seorang anak melihat seekor beluncas cuba untuk keluar dari kepompongnya dengan bersusah payah. Di tolak nya berkali-kali badannya keluar dari habitatnya... belum jugak dapat... Mungkin disebabkan kelopak nya kecil lagi.. STAMINA nya belum cukup lagi...

Si anak kasihan melihat beluncas tersebut. Lalu, di ambilnya gunting lalu tolong dibukakan laluan untuk beluncas keluar dengan mudahnya.

Alhamdulillah beluncas dapat keluar dengan bantuan si anak tadi. Si anak gembira melihat beluncas keluar. Namun hayatnya tidak lama. Tubuhnya tidak mempunyai kekuatan untuk terbang di udara kerana si anak telah membantu dengan memberi STAMINA nya kepada si beluncas tersebut.

Moral of the story?

Mungkin kita anggap kita sedang MENOLONG tetapi sebenarnya kita sedang membantunya JATUH.

Fikir-fikirkan lah...


Pemahaman pelajar dan ibubapa sekarang adalah exam PENENTU masa depan. Maka, APA CARA sekalipun akan dilakukan untuk memastikan si anak boleh menjawab exam.

Maka terjadi la kes meniru ketika peperiksaan, keluar soalan bocor, study last minit (pernah terjadi kat AKU jugak ni), lupa silibus nex semester... dan sebagainya yang bersifat exam oriented.

Bagaimana untuk mengubah persepsi ini?

Cadangan aku, ubahlah persepsi tersebut dikalangan guru-guru dulu (AKU jugak). Ibu bapa juga adalah GURU terhadap anak-anak. KITA semua adalah GURU. Apabila persepsi guru terhadap ilmu berubah, Insyallah mudah la usaha ke arah membentuk pelajar yang mempunyai kebolehan cintakan ilmu. Bagi aku exam adalah PEMANGKIN luaran untuk berjaya bukan PENENTU kejayaan. Jom kita berusaha cintakan ilmu.

Sekian,


Dari aku,

Seorang pelajar Phd yang sentiasa mujahadah menuntut ilmu untuk membantu diri sendiri, bangsanya dan ISLAM.