Tuesday, 3 January 2017

Pengalaman bersalin normal anak ke 3

Kali ni aku nak share pengalaman bersalin untuk rujukan sendiri dan pembaca lain. Pengalaman lepas mengaja aku bila masuk je 34 weeks aku memang da standby barang dan persediaan mental untuk kelahiran bayi. Meh aku nak cita dulu pengalaman melahirkan anak2 terdahulu...

Anak pertama (ceaser)

Aku terpaksa memilih ceaser kerana kedudukan bayi songsang (breech) sejak 28 minggu lagi. Sepanjang mengandung tu aku slalu rasa sengkak pada bahagiah bawah dada mungkin disebabkan kepala bayi yang berada di atas. Bila 36 weeks still tak pusing juga, dr suruh pilih tarikh, so aku pilih tarikh paling awal dan dr pun suggest masa 38 weeks paling sesuai. Sebelum masuk bilik ot, aku diberi ubat berak di bhgn dubur. xsampai 5 saat terus rasa nak berak. Kemudian bila masuk OT yang melampau sejuk tu aku diberi epidural oleh pakar bius di tulang belakangku. Time tu aku pasrah je apa dr wat mengenangkan ini kali pertama aku akan dibedah dan mana tau mati syahid time bedah tu,so sakit epidural tu apa la sangat sakitnya berbanding sakit mati. Eh sampai ke situ plak aku pikir time tu.. Masa operation bahagian bawah badan hingga ke kaki memang xrasa apa-apa tapi aku masih sedar dan waras. Cuma aku rasa loya time operate tu. Pakar bius sentiasa pantau aku dia yang perasan dan menegur aku ok ke x. Aku terus bagitau yang aku rasa nak muntah, nurse kelam kabut cari plastik dan time tengah operate tu jugak aku muntah! Akhirnya keluar bayi seberat 2.4kg dengan selamat dan terus diazankan oleh dr annuar sendiri sebelum diberi kepada suami aku. Pengalaman muntah tu bukan setakat dalam OT je, sampai hilang bius aku masih muntah. Mungkin ni side effect epidural ke atas badan aku. Setiap orang mungkin berbeza ye.

Anak ke dua (normal)

Ini adalah pengalaman pertama aku melahirkan secara normal. Bermula dengan pecah air ketuban pada 36 weeks, terus aku pergi ke hospital tuanku fauziah. Admit wad kul 11 malam ketika tu bukaan baru 1cm. Aku konfius sket time tu, tatau bila akan bersalin sebab xsempat google or tanya pengalaman orang lain. So malam tu aku sangka aku akan tidur dengan tenangnya di dalam wad. Ekeke...
Akhirnya selepas menahan sakit yang melampau aku panggil nurse, dia cek bukaan da 7cm trus ditolak ke labour room dan di episotomi kan untuk cepatkan bukaan. Lepas tu nurse mintak aku teran, aku da konfius sebab aku xrasa nak teran pulak sebab xrasa sakit. Tapi memandangkan aku ni amatur je, maka aku pun teran la sesuka ati aku. Akhirnya keluar la bayi aku seberat 2.6kg. kalau tanya aku sakit tak masa meneran aku akan jawab xsakit. Maybe sebab baby kecik atau kesan gunting aku pun xpasti.

Anak ke tiga (normal)

Pengalaman kali ini agak berlainan berbanding anak ke 2. Pengalaman aku kali ini mungkin berbeza dengan pengalaman orang lain mahupun anak2 aku yang lain. Sebab apa? Sebab kontraksi kali ini aku xrasa sakit sangat. Kalau la boleh bagitau tahap sakit tu macam sakit perut memulas nak berak tu jauh lagi sakit. Tapi ada rentetan cerita plak kali ini.

35 weeks
Pertama kali aku rasa kontraksi sedikit selang 10 minit pada jam 2 pagi. Lepas sejam aku catat menggunakan contraction timer, trus ajak suami pergi hospital. Aku kal mama untuk jaga anak-anak. Dr da pesan jangan tunggu lama-lama kalau ada contraction memandangkan ini adalah kelahiran kali ke3 dan jarak hospital pun memakan masa sejam, aku fikir takpelah aku serah diri awal je.

Bila datang sepital, nurse cek inform yang bukaan baru 2cm dan kedudukan bayi posterior, mungkin bayi akan lambat lagi keluar. Aku berkerut dahi bila dengar nurse cakap camtu, sebab anak kedua aku 5 jam je bukaan dari 2cm sampai penuh. Tapi aku xcakap banyak, aku pun balik je umah sambung tidur. Bila bangun tidur tetiba xrasa da contraction semalam. Kecewa aku sebab xdapat lahirkan anak awal. Huhu...

Sejak hari tu, trus aku google berkenaan kedudukan bayi posterior dan barulah aku faham yang kedudukan tu bukan kedudukan ideal untuk kelahiran bayi. Sebab tu proses akan menjadi lama sebab bayi akan berusaha untuk mendapat posisi ideal (anterior). Cara yang aku buat untuk dapatkan posisi anterior bayi adalah

1) sujud lama ketika solat
2) kurangkan bersandar atas kerusi
3) senaman kuda menggunakan gym ball

Apa yang penting adalah kedudukan center of gravity mesti difokuskan ke bahagian perut berbanding bahagian pelvis. Alhamdulillah memang berkesan. Apa yang aku perasan bila posisi bayi anterior , kekerapan aku ke toilet tengah malam hanya sekali sahaja berbnding posterior (2 3 kali).

36 weeks
Cekup bulanan seperti biasa. Dr scan dan inform yang kedudukan bayi da turun bawah sangat da (mcm kedudukan 40weeks katanya) dan maybe dalam seminggu lagi boleh bersalin. Wahh hepii oii.. Mild contraction still rasa kadang-kadang tapi xsakit dan waktu malam je. So aku xlayan selagi xrasa sakit yang melampau. Rasanya satu supermarket aku da jalan, naik turun tangga rumah aku pun da berhari-hari buat tapi xda perubahan sakit jugak...

37 weeks
Iskk napa la baby xnak keluar lagi...

38 weeks
Minggu ni aku mula rasa contraction bahagian belakang pinggang pulak. Dan macam biasa lama-kelamaan hilang begitu je. Kali ini aku decide nak mintak dr cek bukaan sebab last cek da de bukaan kan. Takkan bukaan tu tutup balik. Plus stress jugak bila setiap hari fikir bila baby nak kuar setiap kali rasa braxton hicks tu.

Bila dr wat ve, dia kata bukaan da 4cm da!! Lepas tu, dia inform yang dia akan tolong bukakan laluan lagi dengan tarik kepala baby ke bawah lagi. Alhamdulillah prosedur tu xsakit sangat kalau nak bandingkan sakit bersalin, yang penting mindset kita kena kuat. Dr kata kena admit wad sekarang jugak. Erk aku dan suami terpinga-pinga sat. Da bleh bersalin ke? Macam xpercaya je sebab aku xrasa sakit.

Last-last aku request kat dr aku nak jalan-jalan shoping sat. Bila da rasa contraction yang tetap baru datang serah diri balik. Hihi gituu pulak. Seb baik dr rohana tu baik orangnya. So aku dan suami pun pergi makan kebab turki berdekatan area pekan jitra. Time tu da mula rasa contraction kerap tapi xtetap. Balik rumah kat kangar untuk packing barang suami dan akhirnya aku decide untuk masuk wad petang tu jugak disebabkan ada rasa kontraksi yang kerap walaupun still boleh berjalan dan ketawa. Huhu...

Bila da masuk wad, nurse mula wat ctg. Bila dr datang melawat dan tengok bacaan ctg katanya xda contraction langsung. Aik, mungkin kontraksi aku tu agak lemah kot. Cek ve dr kata da 6-7cm. Dr mintak izin untuk cepatkan bukaan lagi. Dia masukkan tangan ke laluan bawah sampai ada darah bila dia keluarkan tangan. Aku disuruh masuk ke labor room lagi 2 jam.

Bila cukup masa, nurse datang untuk bawa aku ke labor room. Tapi aku refuse, sebab aku xrasa sakit. Mana tau rahim aku xnak mengecut balik ke selepas bersalin. Tumpah darah ke. Macam2 la assumption aku fikir time tu disebabkan xda contraction. Nurse pun pening dengan aku. Huhu...

Selepas penat dipujuk nurse, ok aku mengalah. Aku berjalan jugak pergi ke labor room. Sampai je labor room, serius aku trus down bila dengar suara orang lain menjerit kat bilik sebelah. Husband yang teman aku pun berdebar-debar jugak. Bila da duduk atas katil, dr mula pecahkan air ketuban. Ok time ni aku da mula rasakan sakit yang teramat sehingga xmampu bercakap atau berfikir da. Tangan suami aku genggam kuat-kuat dan aku berzikir setiap kali sakit datang. Part paling sakit yang xtertahan aku rasakan bila nak meneran da. Bila semua nurse dan dr da standby aku mula meneran. Rupanya bila nak meneran kali ni aku rasakan seperti sembelit pulak, susah betol baby keluar walaupun da meneran. Kalau ditanya sakit tak masa meneran, jawapan aku kali ini memang sakit. Berbeza dengan anak dulu. Akhirnya, baby seberat 3.23kg keluar dengan selamat.

Alhamdulillah sakit bersalin kali ini hanya sejam sahaja. Bagi aku personally, walaupun ada ibu di luar sana yang mungkin sakit yang lama, bukan bermakna korang ada dosa kat suami atau apa2. Aku sendiri banyak dosa dengan suami. Setiap orang akan Allah uji samada ketika bersalin atau dalam bentuk lain. Yang penting kita mesti yakin bahawa di setiap kesusahan pasti akan Allah sediakan kesenangan. Aku juga diuji dengan jahitan yang banyak (2nd dgree tear). Dan aku bersyukur tidak mempunyai sebarang masalah ketika berpantang. Pengalaman aku share ini bukan bertujuan riak, tapi sebagai info buat ibu-ibu di luar sana.

Buat ibu-ibu bakal bersalin, all da best ye. Tips dari aku, bila da masuk 36 weeks boleh la wat urutan perinium. Mana tau korang jugak xsakit lama macam aku...dan jangan lupa doa dimudahkan bersalin setiap kali lepas solat. insyallah... :)

Alhamdulillah... 
Ahmad el fateh bin muzzammil

No comments:

Post a Comment