Assalamualaikum dan Salam Ceria…
Jom revamp rutin harian supaya menjadi lebih teratur. Target utama aku sekarang adalah solat di awal waktu dan biasakan diri untuk pastikan dapur sentiasa kemas... Selepas capai objektif ini, baru boleh proceed ke objektif lain... Bukan apa, dulu pernah cuba untuk tukar rutin untuk capai banyak objektif serentak. Tau apa jadi? Bertahan seminggu jee... Hampeh...
So sekarang aku cuba untuk mengurangkan serabut otak. Nak tau korang serabut otak ke x, cuba ambil bateri bersize AAA yang belum dipakai kat umah korang. Ada kat mana? Sekiranya korang boleh terus capai bateri tersebut, Alhamdulillah hidup lebih sistematik. Tapi sekiranya korang terfikir-fikir kat mana di letakkan bateri tersebut, itu menunjukkan masih ada serabut otak!
Apa yang bermain-main di otak, akan dipersembahkan di dalam kehidupan harian kita. Sekiranya kita serabut di otak, kemungkinan besar ruang tamu dan meja pejabat juga akan berada dalam keadaan lintang pukang. Cubalah untuk kurangkan serabut otak. Semua orang ada masalah. Tapi cuba letak masalah itu di luar terutamanya ketika solat. Khusyuk la di dalam solat agar hidup kita lebih tenang agar kita mudah untuk mengawal kehidupan kita di luar solat.
Pernah tak dengar orang cakap "Malam terasa panjang bila kita solat Isyak awal", atau sendiri pernah rasa macam tu? Aku selalu rasa macam tu dan tertanya juga kenapa. Tapi bila difikirkan semula, bukan setakat solat Isyak. Bahkan, untuk setiap waktu solat, kalau kita tunaikan pada awal waktu, kita akan terasa bahawa masa tu lebih panjang jika nak dibandingkan dengan waktu yg kita solat lewat.
Ini semua ada kaitan dengan keberkatan masa. Berkat itu ertinya ziyadah: pertambahan, kekal, atau tempoh panjang yg terisi kebaikan. Jadi bila org kata, "semoga dpt rezeki yg berkat", itu bererti kita berdoa supaya dpt rezeki yg tidak cepat habis, dan digunakan dgn cara bermanfaat.
Keberkatan masa pula bagaimana? Bererti, masa terasa panjang, sentiasa cukup waktu utk menyiapkan kerja2 kita atau perkara2 yg tidak sia2. Pernah tertanya tak? Bila kita tgk seseorang tu, nampak sibuk, anak ramai, jawatan besar, tapi banyak kerja2 yg dapat dia siapkan seperti menulis byk buku, khidmat masyarakat, join program itu ini, dan pelbagai lagi tugasan yg menuntut byk darinya tapi sentiasa shj dia berjaya melakukannya dengan baik.
Subhaanallah. Begitulah, jika kita menjaga apa yg Allah suruh dan tidak leka dgn dunia, inshaAllah keberkatan itu sentiasa akan mengiringi. InshaAllah. Jom tanamkan azam utk sentiasa solat awal.
No comments:
Post a Comment