Sunday, 28 September 2014

Soalan bocor?

Assalamualaikum,

Sekarang semua kalut dengan UPSR yang telah BOCOR. Sistem soalan bocor ni sejak zaman aku lagi da terjadi (mungkin sebelum zaman aku jugak telah terjadi). Mungkin disebabkan teknologi lum canggih pada waktu itu, xda la sampai menular terlalu jauh sampai ke KPM kan... huhu..

Setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmah nya. Bagi aku, kalau perkara itu xbetul pasti Allah akan 'ketuk' kita dengan ujian Nya. Untuk menyedarkan kita supaya lihat balik apa perkara yang mungkin kita terlepas pandang.

Berbalik kepada soklan UPSR ni, mungkin ramai yang akan menyalahkan sistem pendidikan yang bersifat exam oriented atau integriti guru tersebut. Yes aku juga seorang guru universiti. Dan ketirisan soalan sebegini turut berlaku di universiti di kalangan segelintir pensyarah. Bila ditanya kenapa buat begitu....

'Kesian student, biar la dorang skor....Nanti senang nak dapat keja'

'Nanti result jatuh nak kena menjawab dengan boss pulak, baik kita tolong student'

'Lecturer kami pun buat dulu gak camni...'

Hmm....

Meh aku cerita kisah si anak rama-rama.

Seorang anak melihat seekor beluncas cuba untuk keluar dari kepompongnya dengan bersusah payah. Di tolak nya berkali-kali badannya keluar dari habitatnya... belum jugak dapat... Mungkin disebabkan kelopak nya kecil lagi.. STAMINA nya belum cukup lagi...

Si anak kasihan melihat beluncas tersebut. Lalu, di ambilnya gunting lalu tolong dibukakan laluan untuk beluncas keluar dengan mudahnya.

Alhamdulillah beluncas dapat keluar dengan bantuan si anak tadi. Si anak gembira melihat beluncas keluar. Namun hayatnya tidak lama. Tubuhnya tidak mempunyai kekuatan untuk terbang di udara kerana si anak telah membantu dengan memberi STAMINA nya kepada si beluncas tersebut.

Moral of the story?

Mungkin kita anggap kita sedang MENOLONG tetapi sebenarnya kita sedang membantunya JATUH.

Fikir-fikirkan lah...


Pemahaman pelajar dan ibubapa sekarang adalah exam PENENTU masa depan. Maka, APA CARA sekalipun akan dilakukan untuk memastikan si anak boleh menjawab exam.

Maka terjadi la kes meniru ketika peperiksaan, keluar soalan bocor, study last minit (pernah terjadi kat AKU jugak ni), lupa silibus nex semester... dan sebagainya yang bersifat exam oriented.

Bagaimana untuk mengubah persepsi ini?

Cadangan aku, ubahlah persepsi tersebut dikalangan guru-guru dulu (AKU jugak). Ibu bapa juga adalah GURU terhadap anak-anak. KITA semua adalah GURU. Apabila persepsi guru terhadap ilmu berubah, Insyallah mudah la usaha ke arah membentuk pelajar yang mempunyai kebolehan cintakan ilmu. Bagi aku exam adalah PEMANGKIN luaran untuk berjaya bukan PENENTU kejayaan. Jom kita berusaha cintakan ilmu.

Sekian,


Dari aku,

Seorang pelajar Phd yang sentiasa mujahadah menuntut ilmu untuk membantu diri sendiri, bangsanya dan ISLAM.



Saturday, 20 September 2014

Revamp Rutin untuk Ada Lebih Masa

Assalamualaikum dan Salam Ceria…

Jom revamp rutin harian supaya menjadi lebih teratur. Target utama aku sekarang adalah solat di awal waktu dan biasakan diri untuk pastikan dapur sentiasa kemas... Selepas capai objektif ini, baru boleh proceed ke objektif lain... Bukan apa, dulu pernah cuba untuk tukar rutin untuk capai banyak objektif serentak. Tau apa jadi? Bertahan seminggu jee... Hampeh...

So sekarang aku cuba untuk mengurangkan serabut otak. Nak tau korang serabut otak ke x, cuba ambil bateri bersize AAA yang belum dipakai kat umah korang. Ada kat mana? Sekiranya korang boleh terus capai bateri tersebut, Alhamdulillah hidup lebih sistematik. Tapi sekiranya korang terfikir-fikir kat mana di letakkan bateri tersebut, itu menunjukkan masih ada serabut otak!

Apa yang bermain-main di otak, akan dipersembahkan di dalam kehidupan harian kita. Sekiranya kita serabut di otak, kemungkinan besar ruang tamu dan meja pejabat juga akan berada dalam keadaan lintang pukang. Cubalah untuk kurangkan serabut otak. Semua orang ada masalah. Tapi cuba letak masalah itu di luar terutamanya ketika solat. Khusyuk la di dalam solat agar hidup kita lebih tenang agar kita mudah untuk mengawal kehidupan kita di luar solat.

Pernah tak dengar orang cakap "Malam terasa panjang bila kita solat Isyak awal", atau sendiri pernah rasa macam tu? Aku selalu rasa macam tu dan tertanya juga kenapa. Tapi bila difikirkan semula, bukan setakat solat Isyak. Bahkan, untuk setiap waktu solat, kalau kita tunaikan pada awal waktu, kita akan terasa bahawa masa tu lebih panjang jika nak dibandingkan dengan waktu yg kita solat lewat.

Ini semua ada kaitan dengan keberkatan masa. Berkat itu ertinya ziyadah: pertambahan, kekal, atau tempoh panjang yg terisi kebaikan. Jadi bila org kata, "semoga dpt rezeki yg berkat", itu bererti kita berdoa supaya dpt rezeki yg tidak cepat habis, dan digunakan dgn cara bermanfaat.

Keberkatan masa pula bagaimana? Bererti, masa terasa panjang, sentiasa cukup waktu utk menyiapkan kerja2 kita atau perkara2 yg tidak sia2. Pernah tertanya tak? Bila kita tgk seseorang tu, nampak sibuk, anak ramai, jawatan besar, tapi banyak kerja2 yg dapat dia siapkan seperti menulis byk buku, khidmat masyarakat, join program itu ini, dan pelbagai lagi tugasan yg menuntut byk darinya tapi sentiasa shj dia berjaya melakukannya dengan baik.

Subhaanallah. Begitulah, jika kita menjaga apa yg Allah suruh dan tidak leka dgn dunia, inshaAllah keberkatan itu sentiasa akan mengiringi. InshaAllah. Jom tanamkan azam utk sentiasa solat awal.