Tuesday, 25 August 2015

Salam UK: kenangan tak dapat dilupakan

Rancangan SALAM UK channel oasis tidak ada kaitan dengan entri ini ye...*hihi*


Da dekat 3 bulan sejak balik uk baru merajinkan diri nak buat entri pasal trip UK ini. Especially pasal solat dalam flight, banyak benda baru najah dapat. So xsabar nak share dengan pembaca blog setia najah.... ada ke... *garu kapla*

Ahh sudah2, terus kita ke tajuk utama.

DIPENDEKKAN CERITA, kepala mula la kepeningan dengan waktu solat atas flight especially waktu subuh. Sebab zohor dan asar kami boleh buat jamak takhir semasa mendarat di klia.

Nasib baik adanya mobile map yang disediakan oleh pihak MAS. Dapat laa Najah memahami sistem malam dan siang di bumi ini. Rasa kagum pun ada dengan ciptaan Allah yang maha luas ini.


Masa atas flight tetiba Najah terbangun, tatau jam berapa jadi tengok map atas ni baru tau kenapa Najah dibangunkan. Cer teka kenapa? 

Sebab time ni Subuh kat London! :(

Nampak tak perubahan gelap dan cerah berlaku kat sempadan London? 

Sedangkan flight kami da masuk Hong Kong da punnn... 

Semoga Allah mengampun kan dosa ku yang LAMBAT memahami waktu solat :( 

Semoga INFO ini bermanfaat untuk sesiapa yang ingin tahu berkenaan solat atas flight ye. Kalau salah INFO mohon perbetulkan ye...

.
.
.
.
.

Jom Najah nak kongsikan sikit gambar2 menarik kat sana.


























Ahhh.... sweet-sweet nya semua gambar. *perasan*


Jom Buat Susu Almond!

Salam Semua!!

Najah baru je lepas menonton program Dr Muhaya Dot Com kat tv alhijrah jam 11.30 pg. Sangat tertarik dengan resepi susu Almond oleh Dr Hajar. Then TERUS google resepi untuk susu almond ni. Makanan sihat apa salahnya kita amalkan. Almond ni bagus untuk kesihatan otak dan ibu yang menyusu. Sesuai la untuk orang yang tengah wat PhD cam Najah ni.

Chaiyok Najah!

Ok share dulu lah resepi yang najah kongsi dari puan blogger lain.

Moga Bermanfaat !


Sila klik image atas untuk tumbesaran ye. *hihi*

Sunday, 9 August 2015

Rumah baru

Assalamualaikum

Pada hari entri ini ditulis, Najah da masuk pun ke rumah baru ni. Cuma saja nak share proses buat rumah kami yang xseberapa besar ini. Kalau ikut luas asal rumah nak buat dalam 3000 kaki persegi dalam bajet RM380 K. Tapi oleh sebab ada masalah dengan geran berangkai (kebiasaan tanah kampung), kami memutuskan untuk membuat personal loan. Giler kau mana nak dapat personal loan banyak tuu. Last-last dapat la rumah sekarang. Apa pun syukur.... *sambil tadah tangan* 


Peringkat awal. Seronok bila tengok rumah naik pelan-pelan. Perasaan dia macam tengok baby membesar pulak. Muahaha..

Kat depan tu saja Najah tanak letak tingkap. Sebab belah depan ni matahari jatuh memang terik. Kalau boleh tanak buat cermin kat depan langsung. 

Lepas tu touch up la sket dinding kosong tu dengan batu flora. Batu tu kitorang beli kat kedai jual jubin. Kena order dulu baru dapat. Rm 50 sebiji. Pastu Najah terjumpa batu lebih kurang cenggini kat nursery RM80. Seb baik lagi mahal. hihi  



Tadaaa.... da siap walaupun takda tingkap. Nanti kita kemas halaman pulak ye. hihi