Saturday, 21 February 2015

Ramalam Cuaca Hari Ini

Itu hari masa aku tengah drive kereta sorang-sorang, terasa nak bukak stesen radio ni... Tengah2 musim hujan ni nak jugak tahu cuaca petang ini camana pulak kan. DJ bagi tahu hari ini cuaca tak hujan. Ok la tuh... hehe

Done.


Yang aku ni awat posting semata-mata nak bagitau pasal cuaca je ka...

HARI INI CUACA TIDAK HUJAN.


Cet...

Ramalan anda semua salah. Aku bukan nak cakap pasal cuaca. Cuma statement DJ yang agak lain macam...  HARI NI CUACA TIDAK HUJAN. Napa bukan statement HARI INI CERAH. Yang aku ni pun, ikut suka hati dia la nak cakap hapa pun. Ok ok... Jangan salah paham, otak aku je yang fikir benda lain. HARI INI TAK HUJAN bermaksud fokus DJ sekarang adalah hujan. Sebab sekarang musim hujan. Betul tak?

Baru aku faham sekarang maksud JANGAN.

JANGAN PUKUL ADIK bermaksud fokus kita adalah PUKUL... Owhh apakah yang sedang aku ajar kepada anak aku ni.... :(

Sepatutnya, NASEH, SOFT... SAYANG ADIK.... :)

Nak jugak selit gambar anak-anak kat sini u olss...

Nur Medina, 3 bulan

Naseh Ulwan, 2 Tahun

Sekian.

Gambar lama

Hai all ! Tetiba je rasa nak convert ke blog baru ni... blog asal www.najahghazali.blogspot.com hopefully masih selamat.... nak tansfer posting pun tengok laa kalau ada mood datang. Tah tah blog ni pun bleh bersawang. krik krik...

akceli aku wat blog untuk simpan kenangan bersama anak-anak, suami, kawan-kawan semuaa... sayang u olss...

ni gambar semasa kenduri along dan kak nadia. naseh umur setahun waktu ni... (ye kot... hihi) 


Time masa lapang kami slalu lepak kat umah abang kat penang. naseh rindu sangat kat paklong. (sebenarnya nak p main air... alasan)
Kalau ada duit banyak sket, aku plan nak buat kolam renang muslimah kat belakang rumah aku nanti. dapat gak melaksanakan fardu kifayah...


naseh ka medina? jawapannya....... naseh!


kami ketika raya