Thursday, 29 January 2015

Apa Degil sangat ni...?! Mak nak masuk jel ke Ape?

 
Cuba kita tengok sudut lain, apa didikan yang kita beri sehingga menyebabkan si anak sanggup berkata begitu? 


Lately penat sungguh dengar isu ni dibincangkan di TV dan radio. Akceli saya xsuka isu ini dibincangkan secara umum dan hanya fokus kepada isu rotan dan hikmahnya. Erkk.. jangan salah paham lak ye. Kita bagi contoh kisah macam kat bawah ni untuk bagi korang paham...

Situasi - Anak sedang merokok sembunyi-sembunyi

SITUASI 1
Anak : Camni rasanya ayah aku merokok rupanya... (Berbisik dalam hati sambil menghisap rokok)
Si Ayah kebetulan lalu kemudian ternampak anak merokok berseorangan.....
Ayah : Ayah penat cari duit tapi ko guna beli rokok pulak (Amik rotan pukul supaya anak tahu kesalahannya)
Anak : Ampun ayah....

Betul tak tindakan ayah ni merotan anaknya? Kalau kita turut berada di tempat itu, tentu kita berasa benar tindakan si ayah merotan anaknya. Tapi betul ke contoh didikan ayah kepada si anak ni...? Ayah merokok tapi tidak mahu anaknya merokok. Rasanya jiwa anak ni konfius, memberontak tak..

SITUASI 2
Anak : Ayah nampak abis la akuu... (Berbisik dalam hati sambil menghisap rokok)
Si Ayah kebetulan lalu kemudian ternampak anak merokok berseorangan.....
Ayah : Ayah penat cari duit tapi ko guna beli rokok pulak (Amik rotan pukul supaya anak tahu kesalahannya)
Anak : Ampun ayah....

 Betul tak tindakan ayah ni merotan anaknya? Mungkin betul tapi mungkin juga tak berkesan... Si anak mungkin faham yang ayah merotannya kerana menghabiskan duit ayahnya, bukan kerana keburukan rokok. Lantas si anak akan mendapatkan duit dari sumber lain asalkan rokok dapat dimiliki.

Isu rotan anak tidak salah tapi isu pendidikan keibubapaan yang sedang berlaku dalam situasi di atas. Kita mahukan anak yang hormat ibu bapanya bukan takut kepada ibu bapanya. Tak perlu cakap pasal isu rotan kalau isu pendidikan keibubapaan tak seiring...

Merotan boleh TAPI biarlah seiring dengan ILMU prinsip keibubapaan...


AKU YANG MASIH BELAJAR